~Membina dan Mengekalkan Warisan Kewangan Anda Sekeluarga~


~Creating and Protecting A Financial Legacy for You and Your Family~

Friday, December 24, 2010

Memenuhi keperluan Rohaniah, Perlindungan dan Simpanan . . . semuanya dalam satu! Pelan PruBSN Ummah



Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam. Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.

Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.
PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.

Tuesday, December 21, 2010

Perbelanjaan Yang Seimbang


Pernahkah terdetik, bagaimana dan apakah itu perbelanjaan yang seimbang, bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang?

‘Dulu, waktu mula-mula kerja gaji RM2000 je. Ni dah 3-4 tahun bekerja gaji pun dah naik, sekarang dapat la dlm RM4000.Yang peliknya jumlah simpanan macam tu jugak, tak naik2 pun. Macamana nak buat ni?’

‘Adoi macamana nie.. Makwe dah bising2, sibuk duk cakap org tuanya dah tanya2 tapak mahligainya nie dah siap ke. Sibuk ke hulur ke hilir berkepit bukan main seronok lagi. Tapi poket aku kosong lagi’

Ini adalah beberapa contoh ringkas yang bermain-main di fikiran muda mudi masa kini. Dengan ‘lifestyle’ yang lebih mendorong kepada ‘consumerism’ iaitu berbelanja, apatah lagi dengan pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya dan ditambah lagi dengan iklan-iklan di merata tempat membuatkan muda mudi masa kini kurang bersedia dalam menyediakan ‘platform’ kewangan yang kukuh bagi menguruskan pendapatan mereka.

Ini dapat dilihat dari statistik yang dikeluarkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menunjukkan jumlah bankrupsi bagi mereka di antara umur 25-35 melebihi separuh dari jumlah mereka-mereka yang telah diisytiharkan bankrup.

Persediaan dari peringkat awal dapat menyelamatkan mereka dari ‘Financial Cancer’ yang berleluasa ini.

Monday, December 20, 2010

Financial Fortress

Financial Pyramid Life Cycle

Over a lifetime, most people will experience many different financial needs and circumstances that can be summarized into three stages: risk management, wealth accumulation, and wealth preservation and distribution.

Financial Pyramid Life Cycle

In risk Management, the foundation of the financial pyramid, you protect that which you can least afford to lose—your earning power.

With that foundation firmly in place, I can help you accumulate wealth in a tax-efficient manner for specific goals such as your children's education, retirement funding, or a future financial need.

Success in the wealth and accumulation area creates the need to preserve and distribute that which you have worked so hard to accumulate.

Tarikh-Tarikh Penting


Haaa apakah tarikh yang paling diingati oleh semua orang…?

Hmmm bagi kanak2 kecil of cos b’day dia lah kan… Bagi yang berpasangan of cos anniversary mereka betul tak…. Nie ada tambahan beberapa tarikh yang patut diberi perhatian tapi kekadang terlepas pandang… :-)


Nampak Mudah, Tapi Kenapa Keliru Sangat Nieee


Ok, so kalo kita lihat di pasaran, terdapat 1001 pakej perlindungan betul tak…? Abistu yang manakah sesuai untuk aku nieee? haaa usah gusar dan rungsing… Produk apa sekali pun, dia mesti akan tergolong di dalam salah satu kumpulan nie haaa…. Jadi mulai sekarang, bila kita berjumpa dengan wakil/ perindung syarikat insuran dan takaful kita pun dah tau sedikit sebanyak apa yang kita cari2….Setuju tak….? :-)

Di Manakah Patut Saya Bermula


Ok…so selepas dah faham sedikit sebanyak dengan apa yang saya kongsikan, selalunya nak memutuskan di mana dan bagaimana kita nak memulakan tu yang menjadi isu….. Betul tak….?

Haaa kalo kita tengok dari gambarajah di atas kita dapati Perlindungan merupakan asas kepada semua…..

Kenapa yaaa…? Sebabnya ialah kita nie yang menjana pendapatan dan kita jugak lah yang akan mengembangkan duit kita betul tak… So kalau empunya diri tak dilindungi (the goose who lay’s the Golden Egg) macamna lahh kita nak menjamin dan melindungi aset2 kita yang lain betul tak…? (rujuk financial fortress) Sebab tu di tapak piramid tu kita dapati Perlindungan menjadi batu asas kepada Perancangan Kewangan yang sihat…

Kalo tak percaya pergi lah ke mana2 web antarabangsa dan anda akan dapati benda yang sama….

Sebagai contoh; kita punyai pendapatan yang tinggi, lepastu giat melabur keuntungan nya pon banyak.. tiba2 masuk hospital, bukan sakit apa pun dengue jerrr… haaaa agak2nya bil berapa kalau di sebuah hospital swasta? So nak bayar pakai apa kalo kita takde perlindungan diri, kene pakai duit yang kita dah penat2 kumpulkan tadi tak gitu….?


Dapatla kita simpulkan secara ringkas sebab-sebabnya kenapa kita bermula disini….

•Wealth Protection (Perlindungan) dalam bentuk Insurans/Takaful berfungsi untuk melindungi aset anda dari perbelanjaan perubatan yang mengejutkan dan tinggi.

•Untuk membantu/menggambil alih tanggungan kewangan anda untuk menyara keluarga/tanggungan sekiranya salah satu dari yang di bawah terjadi;

i.Tuhan lebih menyayangi anda
ii.Keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk anda terus menjana pendapatan seperti sekarang dan anda terpaksa melepaskan impian, cita-cita dan juga kerjaya
iii.Bil perubatan setinggi KLCC

Pengetahuan Asas......

Haaa nie dia… Saya nak terangkan seringkas yang mungkin, supaya mudah difahami.. Perancangan kewangan secara asasnya terbahagi kepada 3. Taki kira la kaya macamana sekalipun, bagi seseorang individu mahupun sebuah syarikat..

Ia terbahagi kepada;

i. Protection/Perlindungan

ii.Accumulation/Pengumpulan

iii.Distribution/Pembahagiaan

Haaa mudah tak…? Yeala kita pergi bank tiap2 bulan nak keluarkan gaji… Macam2 servis dan produk diiklankan di bank. Tahukah kita bagaimana nak menggunakan perkhidmatan yang diberi?

Selepas ini insya’allah mudah untuk kita membuat keputusan dengan maklumat yang saya kongsikan… Sebab tak kira apa produk sekali pun di dunia nie yang disediakan dekat bank, dia mesti tergolong dalam salah satu kumpulan nie.. Kalo tidak pasti boleh la bertanya…. :-)

Protect Your Family...!! If you Love them..Do you?

Whether you like it or not...Your family is your true legacy, how do you protect your legacy.?

Should your son being insulted..how do you feel?
Should your wife need serious Dr treatment.. can you afford?
Should your daughter need money for her studies... what have you prepared?
Should you need Immediate cash..where do you go?
Do you think Bank or friends will help you when you really need them?
Should you fall sick..who do you look for? Do your Doctor treat you for free?

Think about it... Think...
Thinking will not give you a solution....
You need to take action...

Kes Isteri Perdana Menteri....


Kita bukan isteri perdana menteri….
Kalau kita isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sbb semua free,
sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US,
Ratus – ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon,

Kita bukan Azean Irdawati,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma,
masuk TV3 mintak ringankan beban,
mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi…..
Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ?
RM 30000 ? alahai sedihnyer….

Kanser tak pilih bulu,
hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
bila giliran kiter agaknyer ??
Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding….
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insuran..
Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri….
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes,
RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer,
tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah,
Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah…)
Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment…
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye,
beli emas Ribu – ribu sanggup,
tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,
kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you,
kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan,

Mahal ?
RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,
Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper, sport rim 17 inci wajib,
Perancang kewangan kater utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan…..
Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan…..24% dah tuh..
Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40 % utk investment, dana persaraan, insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup…1 % utk simpanan…
Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer,
Bila orang suruh beli takaful / insurance…..mahal…tak cukup bulan2 nak bayar……
pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua….

Orang Kerajaan berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu,
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner,
Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh,
Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ?
Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti……

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon – konon Multi Nasional Company…
Majikan Cover la katakan…
Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah…
86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an…tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram…
sekarang ada satu pilihan jer lah…hospital kerajaan…
kalau nak ke hospital swasta…kena cari dana sendiri…
EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical…
Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,
Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare…
kalau kos operasi dah mahal…pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak…
Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus…
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..takper…Majoriti mudah dalam tangan…
Alahhhh…kalu PAS ker PKR ker perintah Malaysia pun, kerajaan tetap jalan mcm biasa…
Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset, Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya…
Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit,,,berlambak Bangla, Vietnam , Nepal…murah…
Sikit hari lagi, depa pakat – pakat pindah Operasi p Bangla…
Hampa ternganga….
Tu pun masih tak sedar diri lagi……

IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih,
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin,
ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG,
boleh buat loan nak buat rawatan disini…buat loan ?
Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah…..
Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah….
Second group kena bayar skit….skit berapa skit…RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler…
So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja…boleh bayar bulan – bulan aper ….

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak…)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare..
Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat…( dengan coverage insuranse la yer…)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2…
Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000,
satu tumbang…tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup…nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans…..masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer,
Kalau dah sampai ajal, pergi jua…
Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
sbb lambat dapat rawatan…why lambat ? tak der duit…..

Suami-suami yang menyayangi isteri…
Isteri – isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih, bincang – bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri…
Takkan isteri nak beli untuk suami..
apa2 pun bolehlah…