
Pernahkah terdetik, bagaimana dan apakah itu perbelanjaan yang seimbang, bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang?
‘Dulu, waktu mula-mula kerja gaji RM2000 je. Ni dah 3-4 tahun bekerja gaji pun dah naik, sekarang dapat la dlm RM4000.Yang peliknya jumlah simpanan macam tu jugak, tak naik2 pun. Macamana nak buat ni?’
‘Adoi macamana nie.. Makwe dah bising2, sibuk duk cakap org tuanya dah tanya2 tapak mahligainya nie dah siap ke. Sibuk ke hulur ke hilir berkepit bukan main seronok lagi. Tapi poket aku kosong lagi’
Ini adalah beberapa contoh ringkas yang bermain-main di fikiran muda mudi masa kini. Dengan ‘lifestyle’ yang lebih mendorong kepada ‘consumerism’ iaitu berbelanja, apatah lagi dengan pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya dan ditambah lagi dengan iklan-iklan di merata tempat membuatkan muda mudi masa kini kurang bersedia dalam menyediakan ‘platform’ kewangan yang kukuh bagi menguruskan pendapatan mereka.
Ini dapat dilihat dari statistik yang dikeluarkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menunjukkan jumlah bankrupsi bagi mereka di antara umur 25-35 melebihi separuh dari jumlah mereka-mereka yang telah diisytiharkan bankrup.
Persediaan dari peringkat awal dapat menyelamatkan mereka dari ‘Financial Cancer’ yang berleluasa ini.
No comments:
Post a Comment