~Membina dan Mengekalkan Warisan Kewangan Anda Sekeluarga~


~Creating and Protecting A Financial Legacy for You and Your Family~

Monday, December 20, 2010

Di Manakah Patut Saya Bermula


Ok…so selepas dah faham sedikit sebanyak dengan apa yang saya kongsikan, selalunya nak memutuskan di mana dan bagaimana kita nak memulakan tu yang menjadi isu….. Betul tak….?

Haaa kalo kita tengok dari gambarajah di atas kita dapati Perlindungan merupakan asas kepada semua…..

Kenapa yaaa…? Sebabnya ialah kita nie yang menjana pendapatan dan kita jugak lah yang akan mengembangkan duit kita betul tak… So kalau empunya diri tak dilindungi (the goose who lay’s the Golden Egg) macamna lahh kita nak menjamin dan melindungi aset2 kita yang lain betul tak…? (rujuk financial fortress) Sebab tu di tapak piramid tu kita dapati Perlindungan menjadi batu asas kepada Perancangan Kewangan yang sihat…

Kalo tak percaya pergi lah ke mana2 web antarabangsa dan anda akan dapati benda yang sama….

Sebagai contoh; kita punyai pendapatan yang tinggi, lepastu giat melabur keuntungan nya pon banyak.. tiba2 masuk hospital, bukan sakit apa pun dengue jerrr… haaaa agak2nya bil berapa kalau di sebuah hospital swasta? So nak bayar pakai apa kalo kita takde perlindungan diri, kene pakai duit yang kita dah penat2 kumpulkan tadi tak gitu….?


Dapatla kita simpulkan secara ringkas sebab-sebabnya kenapa kita bermula disini….

•Wealth Protection (Perlindungan) dalam bentuk Insurans/Takaful berfungsi untuk melindungi aset anda dari perbelanjaan perubatan yang mengejutkan dan tinggi.

•Untuk membantu/menggambil alih tanggungan kewangan anda untuk menyara keluarga/tanggungan sekiranya salah satu dari yang di bawah terjadi;

i.Tuhan lebih menyayangi anda
ii.Keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk anda terus menjana pendapatan seperti sekarang dan anda terpaksa melepaskan impian, cita-cita dan juga kerjaya
iii.Bil perubatan setinggi KLCC

No comments:

Post a Comment